Wednesday, September 23, 2009

4 Syawal 1430H

Hari ini sudahpun memasuki hari keempat umat Islam menyambut kedatangan bulan Syawal. Kebanyakan penjawat jawatan sektor awam sudah mula kembali memulakan tugas rutin harian mereka. Ada yang sudah pulang dari kampung halaman menuju ke laman kota. Setiap kali menjelangnya Hari Raya Aidilfitri, sudah menjadi tradisi di mana seluruh kaum keluarga akan pulang ke kampung halaman dan berkumpul bersama-sama dengan kaum kerabat yang lain bagi sama-sama menyambut kemeriahan Aidilfitri di samping bermaaf-maafan di antara satu sama lain. Namun, bagiku, suasana tersebut telah luput dalam kehidupanku.

http://lh4.ggpht.com/tessellar/RsaNtiYLmvI/AAAAAAAABxM/EsGZ-66e3pw/s800/Kampung+Naga.jpg

Aku sendiri tak menyedari sudah berapa lama aku tidak pulang ke kampung halaman mama dan abah ketika menjelangnya Aidilfitri. Setahu aku, kami akan pulang ke kampung di luar waktu-waktu berkenaan, yakni waktu yang tidak akan kaitan dengan Aidilfitri. Kebanyakannya adalah dalam lingkungan waktu di mana menjelangnya kenduri kahwin atau hal-hal penting yang perlu penglibatan seluruh kaum keluarga.

Entahlah. Aku sendiri tidak merasai apakah suasana beraya di kampung. Bagiku, di sinilah kampung halamanku. Selayang. Tempat aku dilahirkan dan dibesarkan oleh mama dan abah. Aku seringkali termenung mengenangkan rakan taulan yang bergurau senda di pagi hari raya dalam suasana kampung. Namun, bagiku, semua itu tidak berlaku terhadap diriku. Aku tidak bersedih dengan situasi yang aku hadapi kini. Cuma, pernah terdetik di hati aku untuk merasa suasana nikmat berhari raya di kampung. Tapi, aku menolak ke tepi perasaan berkenaan.

Bukannya aku bertindak kejam dengan tidak pulang ke kampung, namun hanya menuruti kehendak mama dan abah. Aku tahu, insan yang paling disayangi buat mama dan abah telah pergi. Kedua-dua orang bonda mereka telah pergi selama-lamanya menyahut panggilan Ilahi. Semestinya, suasana berhari raya seakan janggal untuk disambut tanpa mereka di sisi. Aku sudah lali dengan perasaan tersebut. Seboleh-bolehnya, aku akan biarkan ianya berlalu pergi tanpa meninggalkan sekelumitpun di hati.

Tapi, aku juga pernah terdetik untuk merasa sekali cuma berhari raya dengan dikelilingi suasana kampung. Mungkin masanya belum lagi. Tak mengapalah. Semoga kaum keluarga di sana mampu menerima ucapan dan kalimah maaf dan Aidilfitri dari sini menerusi perantaraan telekomunikasi telefon.

Semoga suatu hari nanti, aku dapat merasai nikmatnya. Insya Allah.

4 comments:

noraslinda said...

cantiknya kampung ko..

Unknown said...

Gambar kampung tue aku amik kat Google Image aje...

Tapi, panorama kampung tue seakan-akan dengan kampung aku gak...

Dihiasi dengan sawah bendang...

md said...

NICE kampung bro..he2 anda mempunyai bakat menulis yg tinggi,peaching pun smart..hehe troskan menulis!

Unknown said...

Lan, komen anda seperti juri untuk pertandingan Malaysian Idol...

Hehehe...

Kau pun apa kurangnya...

English kau mantap...

Teruskan menyampaikan informasi di sebalik dimensi pemikiran kau...