Sunday, September 6, 2009

Cerpan: Konfrontasi Realiti Hati (Bahagian 45)

“Amir, kenapa ni? Kau semacam sedih saja. Kenapa ni, Amir? Kongsilah masalah kau dengan aku,” pujuk Nazmi seraya bangun merapatkan tubuhnya denganku. Aku cuba mencari kekuatan dan ketenangan dalam menjawab persoalan yang ditanya oleh sahabat baik aku itu. Sedaya upaya cuba untuk menunjukkan reaksi tenang. Suatu keluhan kecil aku lepas. Perlahan.

“Mama dan abah aku dah meninggal 3 tahun lepas, Nazmi.” Meluncur laju tutur kata aku tanpa tersekat-sekat nada. Aku tunduk memandang lantai yang dihiasi permaidani warna merah, sinonim dengan warna sofanya.

“Innalillahiwainnailahirojioun. Maafkan aku, Amir. Aku tak tahu duduk sebenar perkara ni. Maafkan aku,” balas Nazmi yang dirundum rasa bersalah. Riak wajahnya mula berubah. Bersimpati dengan situasi yang aku hadapi.

“Kenapa kau tak khabarkan kepada aku mengenai hal ni?” sambung Nazmi lagi setelah dia mampu untuk menenangkan dirinya yang diselubungi perasaan sedih yang amat. Dia amat memahami bagaimana rasanya jika kehilangan insan yang disayangi kerana dia juga begitu. Kehilangan neneknya di kala dia menokok usia remaja.

“Maafkan aku, Nazmi. Masa tu kau berada di Jerman. Aku tak sampai hati nak khabarkan kepada kau. Aku… Aku… Aku tak nak menyusahkan keluarga kau lagi. Dah banyak keluarga kau membantu keluarga aku selama ni. Mak dan ayah kau tak ceritakan kepada kau mengenai perkara ni?”


Bersambung...

0 comments: