Sunday, September 6, 2009

Lailatul Qadar

Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda:
"Barangsiapa berdiri (dengan solat dan ibadat) pada malam Lailatul Qadar dengan iman dan ihtisab dengan keyakinan sempurna dan harapan yang ikhlas (untuk memperolehi ganjarannya) maka dosa-dosanya yang lepas akan diampunkan."


Antara kelebihan malam Lailatul Qadar:
  • Ganjaran bagi berjaga pada malam ini di dalam beribadat adalah lebih baik daripada beribadat selama seribu bulan
  • Malam yang terkandung di dalamnya kesejahteraan kerana sepanjang waktunya para malaikat memohon selawat (rahmat) terhadap orang-orang yang beriman dan taat memuji Tuhannya

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra bahawasanya Rasulullah sw bersabda:
"Sesungguhnya telah datang kepadamu suatu bulan yang terdapat di dalamnya satu amalan yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa yang tertegah dari malam ini, sesungguhnya ternafilah dia daripada segala kebaikan. Dan tidaklah tertegah daripada kebaikan itu kecuali yang benar-benar tidak bernasib baik."



P/S: Marilah kita bersama-sama mengharungi baki Ramadhan yang ada dengan sebaik-baiknya.

0 comments: