Sunday, September 13, 2009

Repetensi 11 September

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan kepada semua. Alhamdulillah, kita masih lagi diberi nikmat oleh-Nya untuk meneruskan kehidupan ini di samping baki hari-hari terakhir Ramadhan yang kian melabuhkan tirainya kelak bagi memberi laluan kepada bulan Syawal yang bakal menyusul nanti. Semoga baki hari dalam minggu terakhir Ramadhan ini mampu kita semua isi dan melipat gandakan usaha dalam pencarian satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, iaitu Lailatul Qadar.

Baiklah. Bulan ini, dalam kalendar Masihi, masihkan kalian ingat suatu peristiwa yang begitu menyayat hati seluruh manusia di muka bumi ini? Bagaimana dengan tarikh ini, 11 September 2001? Masihkah kalian ingat terhadap runtuhnya Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York yang telah menjangkau usia 8 tahun pemergiannya yang masih lagi menjadi tajuk perbualan sehingga ke hari ini? 2 buah pesawat penumpang milik America Airlines telah merempuh kedua-dua buah menara tersebut dalam meranapkan menara terbabit yang menjadi mercu tanda kebanggaan warga Amerika musnah dan rebah ke bumi serta mengorbankan hampir ribuan nyawa yang tidak berdosa termasuk para penumpang yang berada dalam kapal terbang berkenaan. Namun, persoalan yang masih lagi menjadi tanda tanya dan kemusykilan, benarkah segala perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini dilaksanakan oleh golongan Islam yang kini dilabel oleh sekumpulan ‘anti-terrorist’ sebagai pengganas? Di manakah bukti kukuh yang mengaitkan bahawa tragedi ini dilakukan oleh tangan manusia Islam?

Di sini, ingin saya petik beberapa situasi yang mungkin membuka mata dan minda kalian semua mengenai aspek ini. Antaranya adalah:
  • Seramai lebih 5000 orang pekerja Yahudi tidak hadir ke pejabat di WTC sehingga jam 8.20 pagi. Hanya pekerja warga Amerika saja yang datang meneruskan rutin harian mereka.
  • Pentagon merupakan pusat pertahanan negara yang paling canggih dan kebal di dunia. Pentagon dilengkapi dengan pengesan radar yang yang mampu mengesan seluruh pergerakan pesawat yang keluar masuk menggunakan ruang udaranya. Namun, perkara itu tidak berlaku pada hari terbabit kerana Pentagon juga turut diserang menggunakan kaedah yang serupa seperti mana WTC hadapi.
  • Dalam serangan tersebut, salah satu bahagian bangunan Pentagon rosak teruk dan dilaporkan bahawa sebuah pesawat penumpang merempuh bangunan berkenaan. Namun, yang menjadi persoalannya, mengapa hanya bahagian tersebut saja yang runtuh sedangkan jikalau dibandingkan saiz pesawat berkenaan, ianya mampu untuk meruntuhkan sebuah bangunan Pentagon berkenaan.
  • Sebelum rebahnya WTC ke muka bumi, para anggota keselamatan dan penyelamat yang sedang berusaha untuk menyelamatkan mangsa tragedi, mereka terdengar seakan-akan letupan di bawah bangunan WTC.
  • Mengikut saintis dan pakar bijak pandai dalam bidang Fizik, mereka sama sekali menyangkal runtuhnya bangunan WTC berkenaan adalah disebabkan pelanggaran pesawat berkenaan. Dari perspektif Newton yang diperdebatkan, keadaan dan cara bangunan itu runtuh adalah sama sekali disebabkan ledakan bom dan bahan letupan yang diletakkan di dalam bangunan berkenaan, bukannya impak daripada pesawat berkenaan.

Berdasarkan sebahagian daripada situasi dan kenyataan yang dinyatakan di sini, dapatlah kita simpulkan bahawa ianya adalah semata-mata permainan dan propaganda pihak yang mahu menjatuhkan dan memusnahkan Islam itu sendiri. Ayuh, kita bangkit untuk mempertahankan kesucian Islam yang semakin hari dinodai oleh tangan-tangan yang sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan Islam. Bersama-samalah kita berdoa agar saudara kita di Palestin juga berjaya berjuang untuk menuntut balik hak orang Islam yang dirampas oleh pihak Zeonis yang tidak berperikemanusiaan. Jangan biarkan tanah milik umat Islam dirampas walaupun seinci oleh mereka. Semoga bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, Allah akan memakbulkan doa hamba-hamba-Nya yang berjuang di jalan-Nya.


P/S: Maaf, lambat posting artikel ini pada tarikh 11 September. Sekadar renungan dan luahan perasaan penulis terhadap peristiwa tragedi yang lalu.

0 comments: