Tuesday, September 22, 2009

Resolusi Sempena Musim Perayaan: Bahagian 3

Tulisan sebelum ini pernah mengutarakan mengenai soal faktor atau mekanisme berlakunya kecelakaan jalan raya yang semakin menghimpit dalam masyarakat Malaysia terutamanya tatkala menjelangnya musim perayaan. Kini, angka korban dek kecelakaan tersebut terus merajai carta Ops Sikap yang dilancarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak tahun 2001 lagi. Mengikut ramalan statistik yang telah dibuat oleh Asian Development Bank (ADB), pada tahun ini dijangka seramai 300 000 orang maut dan 24 juta cedera di jalan raya Asia Tenggara. Apakah kita boleh menganggap bahawa kematian di atas jalan raya merupakan satu fenomena biasa? Kenderaan sememangnya boleh membunuh. Kenyataan ini tidak boleh dinafikan lagi sejak mangsa pertama, Bridget Driscoll yang menemui mautnya dalam kemalangan jalan raya pada 17 Ogos 1896. Kini, nilainya sudahpun mencecah 24 juta orang yang maut dalam kecelakaan jalan raya di seluruh dunia.

Namun, apabila kita menerima kenderaan sebagai salah satu keperluan hidup pada zaman ini, kita juga mesti berusaha keras untuk mengurangkan angka kematian akibat daripada kenderaan. Usaha yang dimaksudkan bukanlah hanya bersamndarkan terhadap Kempen Keselamatan Jalan Raya yang sudah tepu itu. Malah, kempen itu perlu dinilai semula apakah kesannya setimpal dengan perbelanjaan yang dikeluarkan dan masa yang dihabiskan untuk tujuan tersebut. Seharusnya, kita mesti melakukan sesuatu terhadap lokasi yang menjadi perangkap maut para pengguna jalan raya dan juga mencari alternatif lain yang juga menyumbang terhadap fenomena ini daripada terus berleluasa.

Semoga sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini mampu menyimpan 1001 kenangan manis di samping insan tersayang. Salam Aidilfitri kepada semua.

http://i149.photobucket.com/albums/s52/brokenscrew/ridesafewalksafedrivesafe2.jpg

P/S: Kepada sahabat-sahabat yang memandu untuk pulang ke kampung halaman, semoga kalian semua dapat pulang semula ke UTM dengan selamat ya.

0 comments: