Wednesday, October 7, 2009

2 Minggu: Ada Apa Dengannya?

Assalamualaikum dan Salam Mesra kepada semua...

http://www.artsjournal.com/bookdaddy/Home_Photo_books.jpg

Baki semester pengajian terutamanya bagi mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) bakal berakhir tidak lama lagi. Bagi aku, semester nie berlain sekali dengan perjalanan dan laluan liku kehidupan yang aku lalui pada semester-semester sebelum nie. Rasanya, belum pernah lagi aku melalui kehidupan yang penuh dramatik dan tragis di mana baki semester yang hanya tinggal dua minggu saja lagi bagi mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dipenuhi dengan rona-rona kejutan dan kesibukan yang amat sehingga waktu rehat tiada dalam kamus hidup ketika nie. Bukan saja erti rehat, malah mukadimah tidur pun belum tentu mampu diluahkan dalam bentuk kata-kata mahupun tulisan.

Kini, aku sedang bertungkus lumus menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) aku dalam minggu nie. PSM aku nie terbahagi pada tiga bahagian. Jadi, penyelia PSM aku telah memberikan kata putusnya bahawa keputusan untuk projek bahagian pertama mesti dihantar kepadanya dalam minggu nie juga sebelum aku menghantar laporan penuh PSM aku, di mana tarikh akhirnya adalah dalam minggu nie juga.

Hmm, memang menarik kisah hidup aku sepanjang minggu nie. Sepanjang minggu lepas, aku berhempas pulas menyelesaikan tugasan akademik yang diberikan oleh beberapa orang pensyarah dan program Degree ++ yang dikelolakan oleh pihak pentadbiran fakulti. Minggu nie pula, aku dihidangkan dengan suasana ujian dan PSM. Minggu hadapan? Ya. Bagaimana status dan situasi yang bakal aku hadapan minggu hadapan ya? Jawapannya, kita tunggu dan lihat sejauh mana keadaannya kelak.

Ketika warkah nukilan nie diterjemahkan di laman maya, aku berada di makmal lebih daripada 24 jam bermula dari jam 6 petang, 6 Oktober. Ditambah pula dengan kamus tidur yang tidak menjengah dalam diri bermula malam tadi, menyebabkan aku redha dengan apa yang aku terima kelak. Malam nie, sekali lagi bakal menyaksikan aku terus-terusan bersengkang mata untuk menyiapkan PSM nie. Dilema yang sememangnya ngeri dan trauma bagi kebanyakan mahasiswa tahun akhir. Tidak dapat disangkal dan dinafikan lagi.

Semoga rakan-rakan seperjuangan yang kini berada di makmal, ayuh, kita berjaga bersama-sama demi menyiapkan PSM nie dengan jayanya. Insya Allah...


P/S: Korang semua nak balik bilik pukul berapa?

0 comments: