Saturday, October 17, 2009

3 Minggu Getir...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sedar atau tak, kini, kita semua baru saja memasuki fasa minggu belajar, yakni 'study week' bagi mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), khasnya dan bagi institusi pengajian tinggi (IPT) yang lain, amnya. Sudah hampir seminggu saya tidak mengkhabarkan sesuatu di sini. Maklumlah, terdapat pelbagai perkara utama yang perlu diberikan perhatian dan penekanan yang serius.

Baiklah. Setelah kembalinya dari cuti perayaan Adidilfitri 3 minggu yang lalu, saya tidak menyangka bahawa baki perjalanan hidup bagi semester ini bakal saya hadapinya dengan cukup getir sekali. Pertama kali dirasakan sebegini rupa. Pelbagai ujian, kuiz, tugasan akademik dan Projek Sarjana Muda (PSM) menjengah sekaligus tanpa memberikan sebarang khabar berita mengenainya. Memang benar apa yang pernah diperkatakan oleh mereka yang telahpun melalui liku-liku seperti ini. Perjalanan bagi mahasiswa tahun akhir tidak semudah yang disangkakan meskipun segala persediaan telah dirancang dan dibuat dengan teliti sebelum melaluinya. Namun, kita hanya merancang, hanya Allah saja yang menentukannya. Sehinggakan saya mampu mengalirkan air mata dek ketidak sanggupan saya untuk menanggung beban tersebut.

Mungkin ini merupakan pengajaran yang perlu saya terima daripada-Nya. Dan juga salah satau cara untuk-Nya memberikan sesuatu iktibar dan hikmah kepada saya. Semua dugaan dan ujian yang berlaku sebenarnya adalah mengikut kemampuan hamba-hamba-Nya. Cuma, kita sebagai hamba kepada-Nya, tidak mampu mentafsirkan aspek tersebut dengan persis dan jitu. Kini, sedikit demi sedikit saya merasa aman untuk melalui perjalanan peperiksaan akhir semester yang bakal tiba tidak lama lagi. Semoga ketenangan yang sebegini rupa berkekalan hingga tamatnya liku peperiksaan akhir semester kelak. Amin.

Photobucket

Kepada sahabat-sahabat seperjuangan, semoga kalian berjaya menempuhi dan menjawab peperiksaan akhir semester dengan jayanya.

Wassalam dan Selamat Mengulangkaji Pelajaran.

0 comments: