Sunday, October 11, 2009

Warkah Buat Insan Tersayang...

Assalamualaikum dan Salam Kasih...

Hmm...

Tak tahu nak mula dari mana. Sejak akhir-akhir nie, hati aku seringkali terguris dengan suasana sekeliling. Nak menangis? Aku tak mampu untuk mengeluarkan air mata. Hanya terpendam jauh di dasar hati. Terlalu banyak aku memendamkan perasaan nie sehinggakan aku dapat rasakan yang secebis hati nie tidak mampu lagi untuk menanggung derita dunia. Namun, apakan daya, hanya Dia Yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Aku cuba bermuhasabah diri lewat malam tadi. Semasa di pembaringan, aku memikirkan kembali perjalanan hidup aku. Bermula semasa diri ini masih lagi di bangku sekolah sehinggalah kini. Pernah terdetik di hati aku rasa kasihan melihat mama dan abah yang bersusah payah membesarkan aku. Aku lahir di kala mereka kehilangan bakal anak sulung mereka. Akulah menjadi pengganti tersebut. Hadir setelah kehilangannya. Namun, terlintas di hatiku suatu perkara. Insan di sekeliling yang pernah mengenali diri aku, semestinya gembira sekiranya aku tidak wujud dalam dunia nie.

Ya. Pernah terlintas perkara tersebut. Berkali-kali aku berbisik kepada diriku. Namun, hanya Allah saja Yang Mengetahui sebaik-baik kejadian. Setiap ujian dan dugaan yang diberikan oleh-Nya kepada hamba-hamba-Nya adalah yang termampu untuk dilaluinya. Mungkin aku tidak setabah Nabi Muhammad dalam menyebarkan syiar Islam dan tidak mampu menjangkaui pengorbanan Nabi Ibrahim dan Siti Hajar. Aku gagahi jua menempuh rona hidup nie. Sememangnya, kitab hidup nie tertulis sedemikian rupa untukku, maka, aku rela ianya menyelubungi hidupku.

Mungkin, akan tiba masanya aku mampu menghadapi ujian dan dugaan nie. Aku berterima kasih kepada sesiapa yang mengenali diri nie dan sanggup untuk menerimaku dalam kamus hidup kalian. Meskipun, di saat warkah nie dicoret, kalian sedang berperang dengan perasaan marah terhadapku. Tak mengapa. Kalian berhak berbuat demikian. Aku sekadar pungguk yang hinggap di jendela tanpa diundang. Insya Allah, selepas nie, aku tidak lagi mengganggu bingkisan hidup kalian.


Terima kasih sekali lagi di atas segala-galanya yang kalian berikan terhadapku. Hanya Allah saja yang mampu membalas pengorbanan dan jasa kalian. Mohon maaf di atas perkenalan kita sejak di awal pertemuan. Sambutlah salam kemaafan ikhlas daripada secebis hati nie.

Salam Seribu Kemaafan.

Daripada insan yang pernah mengenali dirimu.

0 comments: