Saturday, March 20, 2010

Memahami Atau Difahami: Mana Satu Perlu Didahului?

Jam menunjukkan pukul 10.15 malam. Baru saja tiba di sebuah lokasi yang sudah menjadi kebiasaan aku untuk melaksanakan segala kerja yang melibatkan bekalan internet. Usai saja memasang segala kelengkapan yang perlu bagi sebuah laptop, aku menunggu dengan penuh sabar. Menunggu laptop untuk sepenuhnya bersedia beroperasi.

Paparan utama laptop aku muncul dan memaparkan nama identiti dan kata laluan untuk mengakses laptop aku. Dengan pantas, aku menekan butir-butir huruf yang terbentang luas di hadapan kaca mata aku. Sebuah lagi paparan baru muncul. Setelah menunggu untuk beberapa ketika, laptop aku sudah bersedia untuk melakukan kerja rutinnya.

Mencari ikon Mozilla Firefox. Jari aku terus mengkliknya. Muncul paparan GMail. Jari-jemariku terus rancak menari di papan kekunci laptop aku. Menunggu untuk beberapa ketika. Muncul paparan kotak masuk emel aku. Ada beberapa buah emel yang memerlukan perhatian aku untuk mengkehendaki aku untuk membacanya. Salah sebuah daripadanya adalah yang berkaitan dengan Projek Sarjana Muda (PSM).

Aku gusar. Aku klik pada emel tersebut. Aku termenung. Remuk hatiku tatkala membaca baris-baris ayat yang dituliskan olehnya. Hampa. Seperti yang aku duga, emel berkenaan memang bakal aku terima setelah berlalunya tarikh akhir penghantaran laporan PSM pada 19 Mac lepas.

Aku terus mengakses laman Facebook. Sekadar mencari sedikit kekuatan untuk mengharungi baki-baki semester yang ada dalam semester ini. Setelah saling membalas komentar yang berkaitan, aku termenung memikirkan ayat tersebut.

"Kalau kau dengan adik kau, kau yang kena memahami lebih adik kau atau adik kau yang harus lebih memahami kau? Kau sebagai abang, apa pandangan kau?"

Begitulah ayatnya. Sehingga kini, aku masih lagi memikirkan ayat tersebut. Memahami atau difahami? Buntu. Aku benar-benar buntu ketika ini. Meskipun aku akui bahawa aku juga ada melakukan kesilapan dan kesalahan dalam hal ini, namun, jauh di sudut hati aku, aku terguris dengan kenyataan yang ditulis dalam emel berkenaan. Memahami atau difahami?

2 comments:

kenapa dengan psm awak fahmi?

Unknown said...

Hidayah:
PSM saya?
Hmm...
Alhamdulillah, siap akhirnya...
Dah boleh graduate orang kata...

Coretan blog kali nie adalah salah satu bingkisan yang berlaku dalam hidup bagi seseorang pelajar tahun akhir...

Terlalu banyak dugaan sehinggakan akhirnya diri nie tak mampu lagi untuk menahan segala dugaan yang datang bertimpa-timpa...

Hidayah nanti akan merasai detik-detik sebegini kelak...
Semoga Hidayah tak menjadi seperti Fahmi...
Semoga berjaya, Hidayah...
:)