Sunday, October 31, 2010

Kerana Bola Sepak, Semuanya Mampu Dikecapi!


Keputusan akhir Piala Malaysia 2010:
Kelantan 2 - 1 Negeri Sembilan


Kerana semangat kesukanan, semuanya mampu diraih!

Begitulah senario yang melanda kini. Dua ideologi berbeza, mampu bersatu atas nama tiket kesukanan. Hari ini, tercipta sebuah sejarah di mana, pertembungan pusingan akhir Piala Malaysia 2010, di antara Kelantan menentang Negeri Sembilan berkesudahan dengan jaringan kemenangan berpihak kepada Kelantan yang mengatasi Negeri Sembilan dengan 2 gol berbalas 1.

Uniknya, pertembungan pada kali ini adalah imbasan pusingan akhir bagi Piala Malaysia 2009 di mana, Kelantan tumpas 3-1 terhadap Negeri Sembilan yang menjulang piala berkenaan.

Sebelum ini, heboh diperkatakan bahawa kedua-dua pasukan yang semakin meningkat naik ini mempunyai penyokong yang terlalu fanatik sehinggakan sanggup 'bertempur' demi menegakkan pasukan kegemaran mereka. Namun, demi semangat kesukanan pada malam ini, jelas terpancar bahawa kedua-dua penyokong pasukan sudah mempelajari dari kesilapan lalu. Syabas dan tahniah kepada para penyokong yang sememangnya memainkan peranan penting dalam menjayakan kemeriahan sukan bola sepak tanah air.

Dan, yang paling penting, demi sukan sepak, dunia politik juga turut sama bersatu demi mencapai hasrat selaku bagi pasukan Kelantan.



Nota Kaki: Demi bola sepak, segala-galanya mampu dicapai meskipun perbezaan dari segala aspek!

4 comments:

bagusla tak jdk ape2 cam tahun lps..belajar dari kesilapan...

fahmi sokong kelantan ke n9? hehe..

Hidayah:
Betul2...
Belajar dari kesilapan adalah perkara terbaik dari mengulangi kesilapan tersebut...

Hidayah sokong mana?

Fahmi sokong Negeri Sembilan sebab terkilan Selangor tak masuk pusingan akhir disebabkan Kelantan...
Huhuhu...

mar yanie said...

yeah..kelantan menang!!! hua3

Maryani:
Tahniah kepada pasukan Kelanta ya...