Sunday, May 17, 2009

Akademi Fantasia: Suatu Medan Mencungkil Bakat @ Polemik Hedonisme?

Hafiz juara AF musim ketujuh

KUALA LUMPUR: Hafiz dari Sarawak dinobat sebagai juara Akademi Fantasia Ketujuh (AF7) menewaskan empat pencabar lain pada konsert final di Stadium Putra Bukit Jalil, malam ini.

Tempat kedua, Aril yang dipilih semula memasuki konsert terakhir manakala ketiga Akim.

Tempat keempat pula jatuh kepada Yazid manakala satu-satunya finalis wanita, Isma di tempat kelima.

Kejayaan Hafiz menyaksikannya membawa pulang kereta Honda Accord 2.0, wang tunai RM20,000 serta beberapa hadiah sampingan lain.

~Petikan daripada Berita Harian Online~

Nie kah yang sebenarnya ingin diterapkan oleh segelintir pihak yang cuba memanipulasikan konsep mencungkil bakat dalam kategori seni suara yang sememangnya membawa ke arah ideologi hedonisme? Di manakah letaknya intelektualisme dan rasionaliti manusia terhadap apa yang ingin dilaksanakannya? Adakah dengan bertemakan konsep yang sebegini rupa mampu melahirkan dan mencapai baris-baris objektif yang selama nie diperjuangkan oleh mereka-mereka yang sebenarnya telah membutakan mata hati mereka sendiri dalam memartabatkan insan terutamanya dalam kategori pembangunan Islamiah?

Adakah dengan gaya pemikiran sebegini yang dikatakan sebagai profesionalisme nie mampu memartabatkan anak bangsa hingga ke tahap yang boleh diagung-agungkan? Tidakkah nie semua hanyalah sekadar rekaan duniawi syaitan yang sering menghasut manusia ke arah lembah kemaksiatan, dan bukannya ke arah pengukuhan akidah terhadap Yang Maha Esa?

Fikir-fikirkanlah sejenak, di mana kini letaknya perjuangan kita sebagai seorang muslim yang beragama Islam di jalan-Nya. Tepuk dada, tanya iman.

0 comments: