Sunday, May 10, 2009

Cerpen: Ranjau Kehidupan (Bahagian 7)

Sambungan dari Bahagian 6


“Sau..saudari ni nak..nak jumpa si..siapa?” soalku teragak-agak.

“Abang ni bernama Muhamad Amir Ibrahim bin Abdullah, bukan?” soalnya pula tanpa menjawab pertanyaanku tadi.

“Ya. Ya, saya.”

Bibirnya makin diukir dengan senyuman yang menguntum. Disulamkan dengan lesung pipi di kanan wajah, menampakkan lagi keserian di mukanya. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi selepas itu. Fikiranku ketika itu ligat memikirkan siapa gerangan gadis yang berada di hadapanku ini. Bekerja keras mencari dan menggeledah di segenap ruang memori untuk mendapatkan jawapan terhadap pertanyaan yang terpacul sejak awal tadi.

“Abang, abang tak kenal atau buat-buat lupa dah?” ujarnya memecah kesunyian pada pagi itu setelah lama aku memerhatikannya dari atas hingga ke bawah.

“Haa?” balasku seakan-akan pelik dengan soalan pertanyaan tersebut. Puas aku memikirkannya namun, gagal untuk aku mencari jawapannya.


Bersambung...

0 comments: