Sunday, May 31, 2009

Cerpen: Sinar Hidupku (Bahagian 2)

Sambungan dari Cerpen: Sinar Hidupku (Bahagian 1)

Suasana diam menyelubungi semula keadaan kelas pada pagi itu. Kedengaran hingar-bingar kenderaan di hadapan sekolah yang sibuk lalu lalang. Beginilah rutin harian. Jalan raya tidak pernah lekang dek kesibukan kenderaan yang menggunakannya saban hari.

“Hah… Apa kata kalau kita bentuk kumpulan untuk study group. Macam mana?” luahku memecahkan keheningan pagi yang agak suram itu.

“Bagus juga cadangan tu. Macam mana geng, setuju tak?” usul Nas dengan wajah yang seakan-akan ingin mendapatkan kepastian jawapan daripada kami.

“Kalau bab tu, aku setuju. Aku memang nak join sangat.”

“Aku pun sama.”

“OK. Macam nilah… Petang nanti pukul 4 kita terus mula study group kita. Kita ulang kaji dulu subjek Form 4. Setuju?” ujarku terhadap mereka.

“OK. Boleh,” jawab mereka hampir serentak.

Keheningan pagi itu dan kerancakan perbualan kami tiba-tiba terhenti dengan suara pengumuman yang dibuat oleh guru disiplin yang menyatakan bahawa perhimpunan pada pagi itu akan dibuat pertama kalinya pada awal sesi persekolahan semester pertama sesi 2005 ini. Kami semua tanpa membuang masa terus bergerak ke tapak perhimpunan, menyelinap lautan pelajar yang seiring untuk ke sana.

* * * * *

Kini, sudah 3 bulan aku menjalani kehidupan rutinku sebagai seorang pelajar. Selama 3 bulan itulah, aku menyibukkan diriku dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan kokurikulum mahupun akademik. Walaupun aku sibuk, aku terpaksa membahagikan waktuku dengan teratur dan sempurna agar aku dapat menyelaraskan kegiatan tersebut dengan rutin kehidupanku. Study group yang telah kami jalankan selama 3 bulan ini sudah sebati dengan kehidupanku walaupun aku merasakan agak kepenatan untuk meneruskannya. Namun, demi masa hadapanku yang bakal menjengah lembaran hidupku nanti, aku kuatkan semangat dan iltizam aku untuk meneruskan jua.

Bersambung...

0 comments: