Friday, May 1, 2009

Cerpen: Takdir-Nya (Bahagian 2)

Sambungan dari Bahagian 1

Nurul Fatin Nasuha binti Abdullah. Itulah nama yang sinonim dalam hidupku. Mana tidaknya, dialah bunga hidupku. Isteriku sejak 3 tahun yang lalu. Namun, yang tinggal kini hanyalah bayangan memori yang masih lagi utuh bertapak di benak fikiran aku. Tidak aku sangka, perkahwinan aku bersamanya hanya kekal dalam tempoh masa yang singkat. Dia pergi menyahut panggilan seru Ilahi terlebih dahulu daripadaku. Dia seorang yang ceria dan berperwatakan aktif, rupa-rupanya menghidap penyakit yang bisa mewujudkan perasaan kengerian dan ketakutan terhadap insan yang bergelar manusia. Barah otak. Tidakku sangka sama sekali bahawa insan yang aku sayang selama ini menghidap penyakit yang sedemikian rupa.


Jodohku dengan Fatin ini sebenarnya adalah berdasarkan atas pilihan keluargaku sendiri. Sebelum ini, aku tidak mengetahui siapa gerangannya yang bakal diijab kabulkan untuk bergelar menjadi isteriku kelak. Memiliki raut wajah bujur sirih, terlalu cantik rupa parasnya dengan lesung pipi di kiri wajah apabila dia mengukir senyuman. Kulitnya putih dengan ketinggian hampir mencecah lima kaki sepuluh inci membuatkan aku amat cocok dan padan apabila digandingkan bersama.

Lamunan aku terhenti. Aku terasa bintik-bintik air hujan jatuh ke mukaku. Hujan mula membasahi ruang lingkup kawasan tasik. Aku mula bergegas pergi, beredar mencari kawasan berteduh. Aku mengelap peluh-peluh yang memercik di wajahku tatkala aku tiba suatu wakaf tidak jauh dari tasik berkenaan. Otak aku ligat mencari ketenangan semula dan mula mengimbau kembali nostalgia aku. Peristiwa aku semalam bersama dengan ayah dan ibuku. Fikiran aku mula menerawang, memikirkan peristiwa yang berlaku semalam.

Bersambung...

0 comments: