Saturday, May 2, 2009

Cerpen: Takdir-Nya (Bahagian 4)

Sambungan dari Bahagian 3

Aku bersandar di birai katil. Aku menoleh ke arah jam yang terletak di atas meja solek. 2.50 pagi. Aku usai sudah menunaikan solat sunat Tahajud, solat sunat Taubat dan solat sunat Istikharah. Lama aku bermunajat kepada Yang Maha Esa. Meminta pertolongan daripada-Nya. Fikiran aku mulai kembali tenang setelah kesibukan seharian di pejabat. Mana tidaknya. Aku merupakan salah seorang pegawai dalam syarikat bioteknologi negara yang menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan & Hal Ehwal Korporat. Terlalu banyak agenda untuk dibentangkan pada bulan ini. Penatnya hanya Tuhan saja yang tahu.

Mataku mengerling ke arah bingkai gambar yang berada di sebelah katilku. Gambar aku dan Fatin, arwah isteriku ketika majlis persandingan perkahwinan, 3 tahun lalu. Aku mencapainya lalu menatap gambar tersebut. Fikiranku menerawang mengingati kembali bibit-bibit majlis tersebut. Aku tersenyum sendirian.

Setitis air jernih menitis jatuh ke atas tangan kiriku. Aku biarkan ianya mengalir tanpa diusap. Mengenangkan kembali arwah isteriku yang telah pergi. Buat selama-lamanya.

“Sayang, semoga sayang bahagia di sana. Abang mendoakan kesejahteraan sayang,” ujarku dalam nada yang lemah seraya menguncup gambar berkenaan. Dalam keadaan sedar atau tidak, aku tertidur sejurus selepas itu dengan bingkai gambar berkenaan masih lagi berada dalam dakapan kemasku.

Bersambung...

0 comments: