Wednesday, May 27, 2009

Seriuskah Aku?

Hmm, terdetik di hati aku memikirkan hal nie. Adakah aku seserius yang difikirkan oleh orang lain, terutamanya kawan dan teman yang berada di samping aku? Kadang-kala hati aku terkesan dengan cara aku yang serius nie, tapi betulkah aku nie serius sangat seperti yang dinyatakan?

Hmm, entahlah. Akupun tak tahu bagaimana nak khabarkan kepada semua orang. Dah secara zahirnya aku dijadikan sebegini serius. Namun, aku tak pintapun aku dijadikan sebegini. Akupun tak tahu bagaimana caranya nak mengubah riak wajah muka aku yang serius nie.

Entahlah. Aku akui yang aku lebih kerap menyendiri daripada mengeluarkan suara untuk berbual dengan sesiapa saja. Aku lebih banyak mendiamkan diri. Membatu. Membisu seribu bahasa. Namun, aku bukanlah kera sumbang mahupun bongkak diri jika diri aku terus-terusan dilabel sebegitu rupa. Ada masanya aku akan berbual dengan rancak dan mesra sekali. Namun, ada tikanya aku lebih banyak membiarkan diriku terus dibelenggu bisu. Tanpa adanya suara yang ingin dilontarkan untuk berbual dan berdiskusi.

Entahlah. Aku lazimnya lebih banyak memikirkan hal ehwal diri sendiri dan keluarga. Memikirkan keadaan diri aku sendiri. Menilai baik buruk diri nie. Mampukah aku untuk menjadi seorang insan yang terbaik? Cukup semua aspek dari setiap penjuru kehidupan? Adakah aku mampu untuk melaksanakan impian dan tanggungjawab aku sebagai seorang hamba-Nya dan juga keluargaku?

Semakin lama aku memikirkan hal-hal sebegini, semakin diri aku dibuai reaksi serius yang bisa memungkinkan jurang untuk setiap insan mendekati aku. Aku redha. Aku redha jika aku dilabelkan sebagai seorang yang sangat serius. Apakan dayaku untuk mengubahnya. Rintihku halus jauh di benak sanubariku...

2 comments:

salam sahabat ku
bro pe yang abg cakapp memang ade yang betulnya,tapi pe yang saya rase adelah .....abg seperti abg saya yag banyak memberi pengajaran dalam hidup,,,tak salah jika saya berkata saya beruntung mempunyai seorang kawan dan seorang abg......kadang2 jika saya ade masalah nak juga berkongsi (tapi certain tak leh gak hehhe)

Tapi yang menjadi pokok perbualan sekarang saya tak kisah sape abg....abg tetap abg ....dan say berbanga mempunyai seorang bro seperti abg..

thank to god i find a person like you......

Unknown said...

>Tuah Pengembara:
Wassalam adikku...
Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat abg...
Walaupun abg nie agak membosankan, namun, bro sanggup melayan kerenah abg nie...

Semoga ukhuwah kita berkekalan hingga ke akhirnya...
Amin...

Hari nie online kat mana?