Sunday, June 28, 2009

Cerpan: Konfrontasi Realiti Hati (Bahagian 30)

Aku dibenarkan keluar dari hospital hari ini. Bosan sungguh berada di dalam sana sejak 2 hari lepas. Alhamdulillah, seronoknya hati ini hanya Allah saja yang mengerti. Syukur kepada-Nya juga kerana aku tidak mengalami apa-apa masalah kesihatan sejak 2 hari lepas. Dr. Syamsul yang pernah merawat abah dulu yang merawat aku. Kenyataan Dr. Syamsul masih lagi terngiang-ngiang di ruang lingkup telingaku. Masih segar. Meskipun telah 2 hari aku dimaklumkan mengenai hal tersebut. Aku tersenyum sendirian tatkala mengingati kembali butir-butir ayat berkenaan.

“Amir, dalam masa 2 hari lagi bolehlah awak keluar ya. Saya lihat awak hampir beransur pulih. Alhamdulillah,” ujar Dr. Syamsul setelah memeriksa keadaan diriku.

“Ya Dr.? Alhamdulillah. Tak sabar rasanya nak keluar dari hospital,” jawabku sambil mengamati raut wajah Dr. Syamsul yang menjangkau usia hampir 40-an. Andaiku.

“Err, Dr., boleh saya tahu apa sebenarnya yang saya alami?” soalku terhadap Dr. Syamsul dengan nada yang agak terketar-ketar. Dr. Syamsul masih lagi memandang diriku. Tenang. Suasana bilik menjadi sepi untuk beberapa jurus. Aku pula diserang rasa risau yang amat setelah lama Dr. Syamsul membiarkan soalan tidak berjawab. Dudukku mula dihuni rasa gelisah yang datang menyerang dari segenap ruang dan terus bertapa di benak hatiku. Bersarang. Semakin memuncak rasa gelisah itu.

“Kenapa Dr. diam?”

“Hmm… Amir, awak sihat. Awak tak menghidap apa-apa jenis masalah kesihatan. Cuma…” Dr. Syamsul terputus katanya di situ.

“Cuma apa, Dr.? Kenapa dengan saya?” Aku terus melontar pertanyaan demi pertanyaan terhadap Dr. Syamsul yang sedang menghela nafas. Panjang. Barangkali kepenatan setelah bekerja sehari. Dugaku.


Bersambung...

*Sekuel cerpan ini boleh dilayari melalui laman sesawang iLuvislam.com dengan tajuk thread [Cerpan] Konfrontasi Realiti Hati

0 comments: