Sunday, June 28, 2009

Cerpan Oh Cerpan...

Salam Ceria semua...

Alhamdulillah, hari nie aku masih lagi diberikan oleh-Nya kehidupan untuk diteruskan di muka bumi nie. Syukur yang tidak terhingga. Hari nie merupakan sesi pendaftaran mahasiswa baru bagi Kolej Rahman Putra dan beberapa buah kolej kediaman lain dan 2 buah fakulti. Haa, gerangan di luar sana tue, kalau nak tahu, tuelah proses transformasi yang diterjemahkan oleh Naib Canselor UTM, Prof. Dato' Ir. Dr. Zaini Ujang. Memfokuskan fakulti sebagai tempat pertama dalam pencarian dan pembudayaan ilmu. Insya Allah, di tahun-tahun akan datang, beberapa buah fakulti akan menawarkan diri mereka bagi proses pendaftaran mahasiswa tersebut. Kepada rakan-rakan seperjuangan, tak kira di bahagian Jawatankuasa Kolej Mahasiswa mahupun Majlis Perwakilan Pelajar yang kian bertungkus lumus dalam menterjemahkan keringat dalam melaksanakan tanggungjawab dalam minggu nie, semoga berjaya dan diberi kekuatan oleh-Nya dalam melunaskan segala amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Maaflah jika diri nie tidak mampu untuk turut serta bersama-sama kalian disebabkan jadual latihan industri yang masih lagi berbaki 2 minggu.

Cerpan. Tuelah yang sedang menular di mindaku sekarang nie. Sudah hampir seminggu aku tak langsung menyiapkan sambungan cerita tue yang seringkali aku warkahkan di blog nie sebagai tatapan minda kalian. Sebenarnya, cerpan tersebut aku karangkan dan upload di laman sesawang iLuvislam.com, sekadar perkongsian minda dan luahan kognitif bersama-sama dengan pelawat setia laman sesawang tersebut. Kini, aku buntu dengan perjalanan plot cerita sehinggakan aku tak tahu di mana ingin aku mulakan kerana terlalu banyak konflik yang terjalin di antara satu sama lain. Ketika aku sedang menaip warkah nie, aku masih lagi tercari-cari cahaya dan idea; bagaimana ingin menyambungkan plot cerita nie. Aku harap agar cerpan nie dapat aku kalamkan sebelum aku pulang ke UTM untuk sesi pengajian aku yang seterusnya.

Baik. Nak cuba terjah idea dan merungkai setiap persoalan yang wujud di dalamnya. Insya Allah, kepada yang sudi membaca cerpan yang tak seberapa nie, semoga kalian mendapat sedikit sebanyak pengajaran dan iktibar mengenainya.OK, I'm off.

0 comments: