Thursday, June 25, 2009

Cerpan: Konfrontasi Realiti Hati (Bahagian 25)

“Ya Allah, kenapa sekarang aku dilanda ujian sebegini? Belumpun selesai suatu musibah, satu lagi telah Kau berikan kepadaku. Ya Allah, aku gusar. Aku gusar terhadap-Mu. Aku risau jika aku terjebak ke dalam kancah zina. Zina hati. Ya Allah, bantulah aku menghilangkan perasaan yang sebegini rupa. Tidak rela untuk aku menanggung perasaan yang mula bersarang di hati ini jika balasannya adalah azab Kau, Ya Allah,” rintih aku lagi pada waktu itu.

“Aku tak layak untuk mencintainya selagi aku belum lagi mencintai-Mu. Bebaskanlah aku daripada cengkaman hasutan syaitan yang ingin menyesatkan umat manusia seluruhnya. Kau bantulah aku, memberikan kekuatan dan semangat terhadapku untuk berjihad memerangi hasutan tersebut.”

Aku menoleh ke kiri seraya memandang di atas mejaku. Buku novel karangan Habiburrahman el-Shirazy bertajuk ‘Ayat-ayat Cinta’. Milik Ain. Novel ini aku bawa pulang bersamaku ketika hendak pulang dari sekolah tengah hari tadi. Ain tertinggal di atas mejanya. Sehingga kini, aku langsung tidak menyelak helaian novel tersebut meskipun diri ini sebenarnya penggemar novel. Namun, tidaklah tegar untuk taksub membacanya saban hari.

“Aduhai, hati. Kenapalah kau tiba-tiba mengembangkan perasaan kasih ni? Siapalah aku ni untuk bercinta dan menyintai Hawa ni?” monologku sendirian. Masih lagi melayan perasaan kacau yang menyelaputi diri semenjak tadi lagi.

Aku mencapai pemain MP3 aku yang berada di dalam laci meja lalu aku dendangkan lagu-lagu nasyid yang berada dalam koleksiku di telingaku sambil berbaring di atas katil. Begitulah diriku. Acap kali sebegitu perlakuan aku tatkala hati ini dirundung resah. Lagu ‘Destinasi Cinta’, nyanyian kumpulan Mestica hinggap di koklea telingaku. Dengan tidak semena-mena, aku juga turut menyanyi kecil mengikuti bait-bait lirik yang dialunkan oleh penyanyi tersebut.

Menyingkap tirai hati mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu Tuhan

Tiap jejak yang bertapak debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai air mata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Takkan berpaling dari palsu duniawi

Destinasi cinta yang kucari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati

Telahku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untukku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapatku berteduh di rendang kasih-Mu
Destinasi cinta yang kucari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untukku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapatku berteduh di rending kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan akan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati

Lestarikan wadi kalbu oh Tuhanku
Leraikan daku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku
Ya Allah

Air mataku mengalir tanpa perlu lagi dibendung. Alunan nasyid tersebut benar-benar menusuk kalbuku. Perasaan bersalah terus menghurung jiwaku.

“Ya Allah, ampunkan kekhilafan hamba-Mu ini. Hati ini telah menodai cinta-Mu. Ampunkan aku, Ya Allah.”

Akhirnya, aku terlena layu di katil. Lelah dengan rutin seharianku yang memenatkan. Aku dilamun mimpi…


Bersambung...

*Sekuel cerpan ini boleh dilayari melalui laman sesawang iLuvislam.com dengan tajuk thread [Cerpan] Konfrontasi Realiti Hati


P/S: Lagu nasyid Destinasi Cinta ini khas aku tujukan kepada semua warga mantan JKM'08, terutamanya saudara Mohamad Hafifi Mohd Kahar. Saudara ini seringkali menyanyikan lagu nasyid ini di kala kesepian. Hehehe...

0 comments: