Wednesday, June 3, 2009

Cerpen: Ketentuan Ilahi (Bahagian 2)

Sambungan dari Cerpen: Ketentuan Ilahi (Bahagian 1)


Kini, genaplah seminggu aku berada di universiti. Berada di perantauan negeri orang demi menggapai segulung ijazah. Kini, genap seminggu jugalah umurku yang sudah berada di ambang permulaan 20-an. Walaupun aku kini sedang mula mengorak langkah dalam mengulang kaji pelajaran, namun, aku juga merupakan salah seorang yang menjawat jawatan dalam organisasi pengurusan pelajar kolej. Jawatankuasa Kolej Mahasiswa. Itulah organisasi yang aku naungi kini. Tugasnya? Menjadi wakil pelajar kolej dalam menyuarakan pendapat dan memperjuangkan kebajikan pelajar kolej ke pihak atasan. Sudah hampir 2 bulan aku dilabel sedemikian rupa. Banyak juga tugasan dan tanggungjawab yang perlu aku pikul bersama-sama rakan seperjuanganku yang lain. Lebih-lebih lagi, kolej aku bakal mengadakan majlis makan malam anugerah tahunan yang sudah menjadi lumrah tradisi kolejku untuk menganjurkan program yang sebegitu rupa. Objektif program tersebut bukan saja meraikan para pelajar kolej yang telah bertungkus lumus memartabatkan maruah kolej di arena universiti mahupun di persada tanah air yang merangkumi teras akademik dan kokurikulum, bahkan memperkenalkan barisan organisasi Jawatankuasa Kolej Mahasiswa sesi tahun 2008 kepada seluruh warga kolej yang menghadiri majlis terbabit. Bayangkanlah betapa sibuknya kami dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar dan dalam masa yang sama berkhidmat sebagai wakil pelajar di peringkat kolej. Betapa singkatnya masa kami untuk berhibur dan bersuka ria seperti mana para pelajar yang lain lakukan.

Majlis makan malam anugerah ini atau dengan nama signifikannya, SUTRA merupakan singkatan daripada perkataan ‘Sinaran Keunggulan Rahman Putra’ di mana Rahman Putra itu sendiri merujuk pada mana kolej kediaman yang aku diami. Sebenarnya, ini merupakan penglibatan aku yang kedua dalam penganjuran program kolej berstatus mega. Sebelum ini, aku terlibat secara langsung dalam penganjuran program sukan kolej, iaitu SUKRA (Sukan Kolej Rahman Putra). Alhamdulillah, visi dan misi program tersebut secara keseluruhannya tercapai dan terlaksana. Kini, aku berharap agar matlamat dan objektif program SUTRA ini dicapai dengan jayanya. Insya Allah.

Bersambung...

0 comments: