Tuesday, June 16, 2009

Pelancaran Measat-3a: Pelajar Cemerlang Ditonton Bersama

Ihsan dari sumber Berita Harian Online


Pelajar Cemerlang Dibawa Saksi Pelancaran Measat-3a
KUALA LUMPUR - Seramai empat belas pelajar cemerlang dari Malaysia, India, Indonesia, Filipina dan United Kingdom akan mendapat peluang sekali seumur hidup untuk menyaksikan pelancaran satelit komunikasi MEASAT Satellite System Sdn Bhd, Measat-3a, di Baikonur, Kazakhstan Isnin, 22 Jun ini.

Measat menawarkan lawatan yang pastinya adalah impian menjadi kenyataan ini kepada pelajar-pelajar yang kebanyakannya berusia 16 tahun, termasuk penginapan di Moscow bagi memperingati pelancaran satelit MEASAT-3a itu dan mempelajari lebih banyak tentang teknologi aeroangkasa di sana.

Kaunsel Besar Am bagi Measat, Farah Suhana Ahmad Sarji, berkata ia adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial syarikat satelit utama Malaysia itu bagi "membangunkan generasi pemimpin teknologi akan datang.

Pelajar Malaysia itu ialah Ahmad Ruiz Mohd Asri dari SMK Taman Tun Dr Ismail; Lina Na'ilah Abdul Talip dari SMKA Maahad Hamidiah, Kajang; Chandra Sekhar Kuppusamy dari SMK Dato Penggawa Timur, Masai; Cliff Asher R Ongil dari SM St Paul, Beaufort, Sabah; dan Edmund Lau Chen Min dari Kuching High School.


Klik di sini untuk maklumat lanjut.

4 comments:

Yana Ismail said...

bestnye mereka kan...huhu special tu!;)bkn smua org dpt..

Yana Ismail said...

bestnye mereka kan...huhu special tu!;)bkn smua org dpt..

Yana Ismail said...

heeeeeeee...sonok kan jadi mereka..bukan smua org dpt peluang gitu;)huhu

Unknown said...

>Princess Liyana:
Yup...
Memanglah best...
Tapi, rasanya lagi best kalau ada pakej bawa pelajar Muslim yang cemerlang pergi ke Tanah Suci buat umrah...
Alangkah best nya situasi tue berlaku...

:)