Monday, July 13, 2009

Kem Pemantapan Kepimpinan

Salam Bahagia dan Salam Kembali. Alhamdulillah, hari nie merupakan hari pertama aku menjalani kehidupan rutin aku sebagai seorang mahasiswa. Nie juga merupakan detik pertama aku dalam melangkah arena pengajian tahun akhir. Aduhai, dah tahun akhir dah rupanya. Sedar-sedar aje dah jadi pelajar senior. Huhuhu...

Baiklah, setelah ketiadaan aku selama beberapa hari nie, aku rasa bolehlah aku bagi informasi terkini di blog aku nie, meskipun sedikit namun, biarlah ianya menjadi perkongsian bersama-sama teman yang tiada di sisi.

Kem Pemantapan Kepimpinan nie ditujukan khas kepada semua barisan kepimpinan *JKM Kolej Rahman Putra bagi sesi kali nie. Meskipun berat hati nie untuk melangkah pergi ke kem, namun, diturutkan jua kehendak dan permintaan daripada pihak atasan. Mereka semua telah bersusah payah merangka dan merencana setiap aspek agenda program dari awal hinggalah tibanya kami semula di bumi kolej nie.


Selama 2 hari berada di Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang Darul Makmur nie, aku mempelajari sesuatu input berharga dan bermakna sekali. Sebenarnya, ianya adalah peringatan dan konsep asas dalam menjalani sulur galur kehidupan. Tapi, biasalah. Manusia. Seringkali alpa dalam hidup. Tanpa adanya peringatan dan nasihat, nescaya hilanglah pegangan hidup dan hala tuju. Selama 2 hari di sini jugalah, aku bersama-sama teman seperjuangan yang lain di'dera' secara ala-ala tentera. Pelbagai arahan dan tugasan diberikan oleh Kapt. Ismadi Ismail bersama-sama dengan jurulatih lain terhadap kami. Sebenarnya, Kapt. Ismadi Ismail adalah Penolong Pengurus Asrama bagi kolej aku. Dan beliau juga merupakan salah seorang pegawai bagi *PALAPES. Haa, ambil ubat. Baru tahu macam mana hidup nie susah apabila segala keperluan yang terhidang di hadapan mata tak dihargai sebaik-baiknya.

Setelah kepulangan aku dari kem nie, aku mula memikirkan pelbagai persoalan yang mula menyelusuri mindaku. Terlalu banyak yang ingin aku fikirkan, namun seperti biasa, jawapan tak juga aku temui. Hmm...

Baiklah, di sini ada beberapa gambar yang sempat aku ambil sebelum keberangkatan pulang kami ke kolej semalam. Maaflah ya. Hanya gambar sekitar kawasan resort aje. Kawasan kem dan sewaktu dengannya tak dapat aku kongsikan di sini disebabkan kamera tak dibenarkan dibawa masuk ketika kami menjalani kem berkenaan. Akhir kata, senyum selalu. Wassalam.






P/S: Kini, aku dilanda tanda-tanda yang tidak sihat seperti tubuh badan lemah, jari dan tapak tangan yang masih lagi sakit dan luka serta bintik-bintik merah yang muncul di sebahagian besar tanganku. Aduhai, kelas dah mula tapi kondisi diri pula yang tak mengizinkan untuk aku aktif.

*JKM = Jawatankuasa Kolej Mahasiswa
*PALAPES = Pasukan Latihan Pegawai Simpanan

0 comments: