Saturday, September 26, 2009

Kembali Semula ke Destinasi Asal

Asslamaualaikum dan Salam Harmoni kepada semua...

Alhamdulillah, akhirnya, hampir jam 1 tengah hari, aku selamat tiba di Sri Puteri, Skudai. Perjalanan yang memakan masa 4 jam dari Kuala Lumpur menuju ke Johor Bahru sememangnya memberikan impak kepenatan yang tersendiri meskipun hanya duduk saja menantikan tibanya destinasi yang ingin ditujui.

Bas yang aku naiki bertolak dari Kompleks Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 8.55 pagi. Mama, abah dan adik aku setia menanti aku di sisi sebelum pemergian aku ke sini. Sayu rasanya tatkala meninggalkan mereka. Yang mampu aku berikan hanyalah lambaian dan senyuman yang nyata amat berat untukku lontarkan kepada mereka. Namun, perjalanan hidup harus diteruskan jua. Begitulah reaksi aku setelah agak lama tidak pulang ke rumah. Pulang ke pangkuan mereka. Terlalu berat hati ini untuk berpisah dengan mereka tetapi demi masa hadapan aku, aku gagahi juga. Insya Allah, mama, abah, adik, nantikan kepulangan anakanda ini tatkala menjelangnya Hari Raya Aidiladha kelak. Doakan keselamatan dan kejayaan anakanda dalam menempuhi baki-baki waktu yang ada dalam semester ini.


P/S: Sebenarnya, cuti akhir semester ini memang tak balik rumah sebab nak siapkan Projek Sarjana Muda (PSM) yang sememangnya memakan masa sekiranya tidak diselesaikan dalam waktu cuti tersebut. Jadi, kemungkinan besar, untuk balik semasa Hari Raya Aidiladha adalah amat tipis. Terpulanglah terhadap PSM itu nanti.

0 comments: