Saturday, September 5, 2009

Secebis Warkah Untukmu Sahabat

sahabat1

Cuba anda bayangkan. Anda baru sahaja habis membaca bacaan surah Yassin yang di sedekahkan kepada arwah kawan anda. Bagi anda dia hanyalah teman sekelas sahaja. Tiba-tiba, muncul seorang gadis yang tidak dikenali duduk di sisi anda. Dia menghulurkan anda sekeping kertas yang kumal kelihatannya. Dia mengkhabarkan kepada anda bahawa dia ialah kakak kepada arwah kawan anda itu.

Selepas itu, dia meminta izin untuk meninggalkan anda. Anda cuba meneliti tulisan yang terpampang pada kertas itu. Alangkah terkejutnya anda. Arwah sahabat anda ada menuliskan sesuatu kepada anda, tetapi tidak sempat untuk diberikan kepada anda kerana kini dia sudah pun meninggalkan alam sementara ini. Anda pun membaca apa yang ditulisnya:

Assalamualaikum sahabatku.
Jika diikutkan hati, aku tak sanggup nak beritahu semua nie. Tapi, aku tak tahan lagi untuk merahsiakan semua nie. Tahukah kau? Aku tengah sakit nie, bukan sakit hati tahu, tapi doktor cakap aku ada penyakit ganjil. Entah apalah penyakit aku nie.


Aku tak fahamlah apa yang dia cakap. Tapi, apa yang aku tahu penyakit aku nie masih tak ketemui penawarnya. Ishhh!!! Aku takutlah. Aku harap kau jangan risau ya. Tapi, aku tak tahulah. Bilakah agaknya kau akan baca apa yang aku tulis nie? Mungkin semasa kau baca tulisan nie, aku dah takde agaknya. Jangan sedih ya.

Sahabatku, kau perasan atau tak beberapa hari yang lalu,
semasa waktu pulang dari sekolah. Sewaktu aku ingin turun tangga. Aku nampak kau berhampiran dengan koridor.. Aku nak tegur kau, tapi aku malu dan takut. Nanti kau cakap aku nie terhegeh-hegeh ambil tahu semua pasal kau. Semasa tue aku dah nak turun tangga tingkat empat, tapi apabila terfikirkan kau, aku naik semula tangga ke tingkat empat. Aku melihat kau masih di koridor tue.
Tapi, kau sedang berbual rancak dengan teman-temanmu yang lain. Aku malu nak mencelah. Aku naik semula ke tingkat empat, berlakon untuk mengambil buku yang tertinggal di dalam kelas agar kau tak mengesyaki bahawa aku hanyalah semata-mata datang untuk menemui kau. Terasa malu yang amat ketika tue.

Hmm, tapi aku tak peduli semua tue. Dan apa yang penting adalah apa yang bakal aku beritahu kelak. Dah lama aku pendamkan. Dan lama aku simpan perasaan nie. Aku tak nak jadikannya sebagai pusaka pula. Walau apapun, aku nak luahkan juga kepada kau. Aku tak kisah sekiranya aku pergi, apa yang terbuku di hati sudahpun aku luahkan.

Sahabatku, aku sangat menyayangimu. Aku sangat merinduimu di kala aku kesunyian, tetapi aku tahu siapa diriku. Tidak layak bagiku untuk berkata begini, tetapi inilah perasaan yang subur di hatiku. Terukir namamu indah dalam hatiku. Sebagai seorang sahabat sejatiku. Setiap kali kau bersuara, setiaku mendengar agar tenang dan senang kau merasainya.

Setiap kali kau sakit, kecewa, risau dan taku, aku cuba untuk mendampingimu agar kau tahu bahawa aku jujur dalam persahabatan ini. Tetapi di matamu, aku hanyalah orang biasa saja dalam hidupmu. Aku bagaikan melukut di tepi gantang. Aku ada, aku tiada, ia semuanya sama bagimu. Aku tak kisah semua itu sahabatku kerana aku masih mampu bersabar.

Aku berdoa agar pintu hatimu terbuka untuk menerimaku. Aku akan bersabar sehingga ke akhir hayatku. Akhir kalam, kutegaskan sekali lagi mengenai perasaanku ini. Aku menyayangimu. Aku merinduimu. Aku mohon dan berdoa agar persahabatan kita kekal dunia akhirat. Aku terpaksa pergi dulu. Ibuku sedang memanggilku. Aku terpaksa pergi ke hospital sekarang juga. Aku pergi dulu ya, sabahatku tersayang.

Sekian saja, wassalam...

Daripada,
Sabahatmu


Apakah perasaan anda sesudah saja membaca warkah ini. Tiada perasaan? Merasakan bahawa semua itu hanyalah fenomena biasa, iaitu yang hidup akan pergi jua. Ataupun menyesal dengan sikap anda terhadapnya selama ini. Tetapi nasi sudah menjadi bubur. Apa yang mampu anda lakukan kini adalah menyedekahkan bacaan kalamullah kepadanya. Oleh itu, hargailah sahabat yang hadir dalam hidup anda.

sahabat2

P/S: Warkah ini telah diubah suai oleh penulis. Sumber asalnya adalah dari laman sesawang iLuvislam.com

0 comments: