Monday, January 31, 2011

Cuti Oh Cuti

Pening. Cuti seminggu bagaikan seperti tiada maknanya. Sekadar mengisi masa yang ada dengan timbunan tugasan akademik yang setia menjadi peneman dan pendamping bagai seseorang mahasiswa.

Namun, tanggungjawab tetap tanggungjawab. Ianya perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Mungkin pernah ada individu yang mengatakan bahawa waktu cuti perlu dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Yakni bebas dari bebanan tugas rutin yang menjadi pengiring kehidupan.

Ada juga yang beranggapan bahawa meskipun cuti, ianya tidak bermakna jika tugasan dan tanggungjawab dilepaskan dan diabaikan sebegitu rupa.

Jujurnya, aku tidak gemar dengan sikap segelintir manusia yang suka meringan-ringankan sesuatu perkara. Meskipun ada masanya kita perlu bersantai dan bersuka ria, namun, jangan sampai diri kita sendiri merasakan bahawa ianya tidak membawa sebarang kesan dalam jangka masa terdekat.

Setiap daripada kita mempunyai akal, jadi pertimbangkanlah sesuatu perkara dengan sebaik-baiknya. Tidak salah untuk bersantai, namun, harus diingat, tanggungjawab tetap tanggungjawab. Ianya bukan suatu perkara yang bisa dimain-mainkan. Jadi, terpulanglah terhadap individu-individu itu sendiri. Tepuk dada, tanya iman.


Nota Kaki: Sedikit emosi pada malam ini. Sedang cuba memuhasabahkan diri. Mungkin ada benarnya teguran dan pandangan individu tersebut.

0 comments: