Saturday, June 25, 2011

Yang Pergi Takkan Kembali

Kehidupan aku sehari-hari adalah seperti biasa. Jikalau tidak berada di makmal, semestinya terperuk di dalam bilik sendiri.

Hari ini kurang sedikit kepenatannya tatkala selesai menjalankan eksperimen di makmal. Semuanya sekadar persiapan sebelum memulakan eksperimen pada keesokan harinya. Esok, diri amat memerlukan kekuatan untuk mengharungi detik-detik masa sehingga 48 jam perjalanan suka-duka eksperimentasi.

Perit. Penat. Adakalanya bosan. Semua perasaan bercampur-baur menjadi satu. Tidak mampu untuk diungkapkan lagi menerusi kata-kata. Yang mampu dipamerkan hanyalah raut-raut wajah keletihan.

Petang Isnin itu, usai pulang dari makmal, aku berehat sebentar. Kemudian, aku menghadap komputer ribaku. Jari-jemariku terus menekan butang Google Chrome Internet Browser. Perkara pertama sekali yang aku layari adalah peti simpanan emel. Tiba-tiba, mataku tertancap suatu mesej di dalamnya.

"Al-Jazari tagged a photo of you."Al-Jazari? Mindaku seakan-akan padam seketika tatkala cuba mengingati nama berkenaan. Untuk beberapa ketika, aku tersenyum sendirian."Mesti Wan nie. Apalah agaknya yang dia tag gambar untuk aku nie."

Lantas, aku terus melayari laman sosial yang semakin hangat dilayari kini. Ada beberapa notification yang sedia terpampang, menungguku untuk dilayari. Aku terus ke pautan gambar yang ditag oleh sahabatku, Wan.

Sebuah gambar muncul di hadapan kaca mataku. Aku terkedu.

Dia?Aku hampir-hampir terlupa. Hampir dua tahun yang lalu aku menerima suatu berita mengenai dia. Aku seperti tidak percaya. Seakan-akan mimpi. Dia yang aku kenal telah pergi menyahut seruan Ilahi. Sebuah pemergian yang sememangnya tidak akan kembali ke dunia yang fana ini.

Arwah adalah seorang kakak yang sentiasa ceria dengan hidupnya. Aku dipertemukan kepadanya semasa aku bersekolah di sekolah menengah lagi. Sama-sama menghabiskan persekolahan di sekolah yang sama. Secara kebetulan juga, arwah adalah seorang senior aku semasa di sekolah rendah lagi. Cuma, aku agak baru di sekolah rendah itu. Kebarangkalian untuk mengenali para senior yang ada adalah tipis sekali.

Pemergian arwah sememangnya memberikan aku suatu tamparan. Kehilangan. Setelah arwah meninggalkan jejaknya di sekolah, aku terus kehilangan jejaknya secara realiti. Hanya berbekalkan laman sosial Friendster yang digilai suatu masa dahulu yang menjadi penghubung di antara kami. Itupun agak jarang.

Semoga kak Yusrina ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah buatmu...

4 comments:

Hafiza Omar said...

semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman..amiin..kita xtahu bila ajal kita..muda ke tua ke bila masanya dah tiba pasti xkan tercepat mahupun terlewat sesaat pun..al-fatihah..

Unknown said...

Amin...
Ya, ajal maut tue hanyalah sejengkal jaraknya dari manusia...
Bila-bila saja boleh tiba waktunya...
Cuma, terkilan dengan khabar berita yang diterima 2 tahun dahulu...
Berita mengenai kematian arwah hanya diketahui melalui seorang teman rapat...
Siapa sangka, di sebalik senyuman arwah, arwah menderita barah otak...
Al-Fatihah buatnya...

md said...

Al-Fatihah.

Ye ajal datang tanpa notification.

Bersabarlah.

Unknown said...

Betul tue Lan...
Kenyataan kau tue lain dari yang lain...
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh...
Amin...