Sunday, September 18, 2011

Cerpen: Ketika Mendung Berarak [Bahagian 2]

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka, hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia."
Hadis Riwayat Muslim 

Seindah hiasan adalah wanita solehah
Balqis. Namanya seindah pemiliknya. Segala mengenai latar peribadinya tidak aku ketahui sebelum ini. Aku menikahinya atas dasar pilihan dan persetujuan kedua-dua belah pihak keluarga. Lagipun, kedua-dua orang tuanya sudah lama mengenali keluargaku. Namun, aku saja yang tidak pernah mengambil pusing mengenai siapa mereka. Ah! Hidup ini sememangnya penuh misteri dan agenda daripada-Nya.

In Team - Impian Kasih

Dari renungan pandangan pertama aku terhadap Balqis, semasa hari pertunangan, Balqis bukanlah seorang yang sesuai dengan aku. Mengapa? Sebabnya, dia merupakan seorang muslimah yang kuat pegangan agamanya. Tapi aku? Sedangkan diri sendiripun masih lagi bertatih dalam melayari kehidupan, inikan pula untuk menerajui bahtera rumahtangga. Ah! Satu lagi ujian yang perlu aku hadapi.

Namun, usai lima bulan bahtera pelayaran sebagai sepasang suami isteri, aku dapat merasakan kedamaian dan ketenangan yang menyusup dan menyelinap masuk ke dalam jiwa nuraniku. Balqis ibarat cahaya dan teduhan rendang yang memayungi hatiku. Penyejuk jiwa.

"Habis tu, siapa lelaki yang di halaman rumah tadi tu? Selama ni, saya sangka awak wanita yang terlalu baik kalau dibandingkan dengan diri saya yang serba-serbi kekurangan ni. Rupa-rupanya, awak lagi hina!" Amarahku semakin melonjak-lonjak. Tiada lagi tepian had yang mampu mengawal. Jerkahanku sedikit membuatkan Balqis tersentak.

"Abang, sampai hati abang kata macam tu. Abang, mengucap bang. Ingat kepada Allah," ujar Balqis dalam tangisan. Suasana ruang tamu banglo dua tingkat itu bergema silih berganti dengan suara jerkahanku dan tangisan Balqis.

"Ooo, nasihat orang pandai. Tapi diri sendiri tu yang alpa dengan perintah Tuhan. Ni, apa gunanya saya sebagai suami awak kalau hati awak sendiri dah ada pada orang lain?" Desibel suaraku kembali rendah. Namun, masih bersisa amarah.

"Abang, ni semua salah faham. Semua ni bukan yang abang fikirkan. Balqis masih lagi waras. Balqis ni adalah isteri abang. Hak abang. Bukan siapa-siapa." Satu-satu butir kata disusun oleh Balqis bagi menyampaikan duduk sebenar perkara. Ibarat kalau seperti kundur labu, boleh dibelah.

Suasana tegang masih lagi membaluti ruang tamu. Aku memalingkan wajahku daripada Balqis. Nafasku turun naik. Menahan buku kemarahan yang masih lagi berbara. Balqis masih lagi berdiri di hadapanku. Berhampiran dengan tangga kayu jati. Tangisannya masih lagi bersisa.

"Abang, sebenarnya, Balqis ada perkara nak beritahu kepada abang. Sebenarnya, Balqis ..." Balqis rebah. Tidak sempat untuk menghabiskan sisa-sisa ayatnya. Aku tergamam.

"Balqis. Ya Allah ..."


Bersambung...

4 comments:

Hafiza Omar said...

'Sebenarnya Balqis da pregnant'...haha..sesuke je smbung cerpen org..=D nice cerpen tp nak tnyela..ade lagi ke kat dunia ni yg org kawen ikut pilihan fmly?

Unknown said...

Hafiza Omar


Amboi...
Boleh jadi pengarah dan penulis skrip nie...
Hehehe...

Hmm...
Nak tahu apa sambungannya?
Tunggu idea dan ilham datang...
Semua isi cerpen nie datang sekelip mata...
Terus taip tanpa adanya proses pengolahan idea...

Persoalan mengenai perkahwinan secara pilihan keluarga nie masih ada lagi...
Cumanya, dah tak meluas...
Sebabnya, ada ibu bapa yang beranggapan bahawa anak-anak zaman sekarang nie mempunyai citarasa mereka sendiri...
Risau jika kedua-dua bakal pasangan tue tak sehaluan dan sekata dalam membina platform rumahtangga kelak...

Lagi satu, konsep orang tengah pun lebih kurang juga dengan perkahwinan pilihan keluarga, cumanya orang tengah nie ada masanya bukan dalam kaum kerabat keluarga...
Yakni orang yang rapat atau dikenali oleh kita sendiri...

Sekadar coretan nurani:
Cerpen: Ketika Mendung Berarak [Bahagian 2]

Hafiza Omar said...

oic..tp kwn kpd kawan fiza kene kawen ats pilihan keluarga sbb kalo xkawen ikut pilihan fmly, dy xdpt hrte fmly dy..huhu..agak kejam if dpt fmly sebegitu..

Unknown said...

@ Hafiza Omar

Kejamnya situasi camtue...
Moga2, kawan kepada kawan Fiza tue tabah mengharungi susur galur kehidupan berkeluarga...

Sebenarnya, yang best kalau kahwin secara pilihan keluarga nie bila kesemua soal materialistik diketepikan tetapi soal kebahagiaan dan keredhaan dalam membina keluarga tue dititikberatkan...
Jika selain dari tue, maka, hilanglah matlamat sebenar dalam membentuk konsep baitul Muslim...

Sekadar coretan nurani:
Cerpen: Ketika Mendung Berarak [Bahagian 2]