Friday, June 5, 2009

Cerpen: Ketentuan Ilahi (Bahagian Akhir)

Sambungan dari Cerpen: Ketentuan Ilahi (Bahagian 8)


Alhamdulillah, berkat doa kedua ibu bapaku, akhirnya aku berjaya memperoleh secebis nikmat kejayaan dalam keputusan peperiksaan. Aku berjaya mengatasi keputusanku yang terdahulu. Meskipun keputusan yang aku peroleh tersasar daripada sasaran yang telah aku tetapkan, namun keputusan peperiksaan yang aku kecapi kali ini adalah yang terbaik setakat ini. Setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkan kepada Yang Maha Esa yang memberikan aku peluang dalam mencapai dan merasai segala impian aku. Syukur yang tidak terhingga terhadap-Nya.

Dalam keheningan malam yang disulami kegembiraan hatiku, aku memandang ke langit. Cerah disirami cahaya rembulan. Ditemani bintang-bintang yang berkelipan di angkasa. Aku menyedari kini bahawa setiap kejadian yang berlaku mempunyai hikmatnya tersendiri. Setiap kejadian yang berlaku adalah ketetapan dan ketentuan Ilahi. Ketentuan yang sebenarnya mampu untuk kita hadapi sepanjang kita meneroka segenap kehidupan di alam yang fana ini. Aku terbuai dengan lagu nasyid yang bergema di telefon bimbitku. Begitu asyik menghayati setiap bait perkataan seni kata lagu tersebut. Sehingga membawa aku ke alam maya ciptaan aku sendiri. Mengelamun sambil tersenyum mengimbau kembali saat-saat kehidupan yang telah aku lalui.

Rembulan cahayanya menawan
Menerangi kegelapan malam
Bebintang sinar berkelipan
Menghiasi cahaya rembulan
Bulan dan bintang menjadi saksi
Kebesaran Ilahi

Rembulan cahayanya menawan
Menerangi kegelapan malam
Bebintang sinar berkelipan
Menghiasi cahaya rembulan
Bulan dan bintang menjadi saksi
Kebesaran Ilahi

Bintang-bintang bertaburan di angkasa
Di angkasa raya
Panduan mereka yang berkelana
Perjalanan rembulan merentasi cakerawala
Petunjuk perkiraan tahunan
Bulan dan bintang menjadi saksi
Kebesaran Ilahi

Sinaran mentari menyinari
Bumi Tuhan ceria kembali
Awan berarak bebasnya
Membayungi alam semesta
Tunduk dan syukur pada Ilahi
Kurniaan abadi

Bintang-bintang bertaburan di angkasa
Di angkasa raya
Panduan mereka yang berkelana
Perjalanan rembulan merentasi cakerawala
Petunjuk perkiraan tahunan
Bulan dan bintang menjadi saksi
Kebesaran Ilahi

Rembulan cahayanya menawan
Menerangi kegelapan malam
Bebintang sinar berkelipan
Menghiasi cahaya rembulan
Bulan dan bintang menjadi saksi
Kebesaran Ilahi

Sinaran mentari menyinari
Bumi Tuhan ceria kembali
Awan berarak bebasnya
Membayungi alam semesta
Rembulan cahayanya menawan
Menerangi kegelapan malam
Bebintang sinar berkelipan
Menghiasi cahaya rembulan…

Tajuk: Bulan Bintang
Nyanyian: Kumpulan Nasyid Saujana

“Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan. Usahlah berdukacita kerana hidup ini meletihkan, kerana demikianlah hidup itu diciptakan.”

Imam Syafie r.a.

1 comments:

NAk tulis dalam blog pun malas so saya tulis kat komen abg je lah...

baut mase ni banyak keja yang tertangguh macm buat tetbtatif pelancaran perasmian ,layout n tempat untuk penutup....sekarang benda ni abg mail tengah usahakan...

lagi sati ni pun gah siapkan benda untuk acara tuan rumah paintball.pool n basikal...jadual perlawanan rasmi pun tak dapat lagi...org yg incahrge kat unit sukan takde g sukan staff so lambat lagi dapatjadual perlawanan rasmi...

abg irfan ambk quataiton untk pool n paint ball....saya tolong abg irfan teman g tanye,......

kata cik hendra bnayk jugak benda yang kena siapkan,,,saya pun blur2..huhu

sebab baru tahu ....sikit2
maybe pentupan nak buat kat hotel sebab dinner kan....abg irfan ngah cari hotel yang sesuai sebab nak jimat bajet,,

tulah antara perkembangan yang terbaru...